Arsenal 2 Manchester United 1
ARSENAL menidakkan hasrat Manchester United untuk menang buat pertama kali di Stadium Emirates apabila menumpaskan lawannya itu 2-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) malam tadi.
Kemenangan cemerlang itu membolehkan Arsenal kembali di landasan untuk mencabar kejuaraan Liga Perdana England musim ini menerusi jaringan berganda Samir Nasri.
Pemain sayap Perancis, Samir menjaringkan gol di kedua-dua babak dalam perlawanan di Stadium Emirates itu untuk membolehkan Gunners memintas United di tempat ketiga dan kini hanya ketinggalan tiga mata kepada pendahulu, Chelsea yang menentang Blackburn Rovers malam ini. Read the rest of this entry »
Arsenal lawan Manchester United
(8.45 malam, Stadium Emirates)
ARSENE Wenger melabel pertembungan di antara Arsenal dan Manchester United sebagai antara pertemuan penting di antara empat kelab utama yang akan menentukan arah perebutan gelaran Liga Perdana Inggeris musim ini.
Kenyataan itu disokong statistik yang menunjukkan United meraih 13 mata daripada maksimum 18 mata daripada pertemuan dengan Liverpool, Chelsea dan Arsenal musim lalu - jumlah yang membolehkan gelaran dikekalkan di Old Trafford. Read the rest of this entry »
- Author: editor
- Filed under: UEFA
- Date: Nov 8,2008
KELAB-kelab England cemerlang pada saingan Piala UEFA kelmarin apabila Tottenham, Manchester City dan Aston Villa masing- masing melakar kemenangan.
Tottenham meneruskan kebangkitan dengan kemenangan mudah 4-0 ke atas Dinamo Zagreb, City menewaskan FC Twente 3-2 dan Villa yang menang dalam pembukaan ke atas Ajax sebelum ini menewaskan Slavia Prague 1-0 di tempat lawan.
Dalam 16 perlawanan lain, bekas juara Galatasaray menang 2-0 di Benfica, AC Milan menumpaskan Braga 1-0 dan juara edisi 2006 dan 2007 Sevilla dikejutkan dengan kekalahan 0-1 di Standard Liege. Read the rest of this entry »
Liverpool lawan West Brom
(1.30 pagi, Anfield)
LIVERPOOL sudah menyumbat 17 gol dalam lima pertemuan terakhir dengan West Bromwich Albion, tetapi Rafa Benitez mengakui dia akan berpuas hati dengan kemenangan tipis apabila kedua-dua pasukan bertemu di Anfield, hari ini.
Selepas melakar permulaan 16 aksi tanpa kalah musim ini, pemain Liverpool mendapati diri berdepan ujian serius sulung musim ini selepas gagal menang dalam dua perlawanan terakhir.
Selepas melepaskan tempat teratas Liga Perdana Inggeris apabila kalah menerusi gol lewat di tangan Tottenham Hotspur hujung minggu lalu, skuad bimbingan Benitez dipaksa seri 1-1 dengan Atletico Madrid dalam Liga Juara-juara Eropah, Rabu lalu. Read the rest of this entry »
- Author: editor
- Filed under: Prebiu
- Date: Aug 16,2008


SAINGAN Liga Perdana Inggeris (EPL) bakal memulakan tirainya malam ini dengan juara bertahan, Manchester United terus menjadi pilihan utama untuk merangkul gelaran buat kali ketiga berturut-turut.
Begitupun kempen United pada awal musim agak terbantut apabila bintang utamanya, Cristiano Ronaldo masih mengalami kecederaan. Read the rest of this entry »
HAJAT Andrei Shevchenko untuk kembali ke kancah saingan Serie A Itali mungkin menjadi kenyataan apabila Chelsea membenarkan penyerang Ukraine itu mengadakan perbincangan dengan kelab lamanya, AC Milan.
Ketua Eksekutif Chelsea, Peter Kenyon dilaporkan telah berjumpa Naib Presiden Milan, Adriano Galliani di Sardinia kelmarin untuk membincangkan perpindahan semula Shevchenko ke kelab gergasi Itali itu.
Prestasi Shevchenko, yang membantu Milan menjuarai Liga Juara-Juara Eropah musim 2002/03 mula menurun selepas perpindahannya bernilai 30.8 juta pound (RM198.6 juta) ke Stamford Bridge dua tahun lalu. Read the rest of this entry »
PENGURUS Liverpool, Rafael Benitez tidak berputus asa bagi mendapatkan bintang bola sepak Sepanyol yang menjuarai Euro 2008 akhir bulan lalu.
Selepas gagal mendapatkan penyerang utama Sepanyol, David Villa ekoran harga tinggi diletakkan kelabnya, Valencia, Benitez kini menyasarkan David Silva yang turut menyerlah pada saingan Euro 2008.
Valencia dilaporkan menuntut wang perpindahan sebanyak £32 juta dan ia dikatakan di luar kemampuan kelab England itu. Read the rest of this entry »
LUIZ Felipe Scolari telah pun mengenal pasti masalah terbesarnya apabila memulakan tugas di Chelsea kelmarin.
Ia bukan soal masa depan Frank Lampard, Didier Drogba atau perancangan untuk merampas mahkota Liga Perdana England dan Liga Juara-Juara Eropah daripada genggaman pasukan pimpinan Sir Alex Ferguson.
Bukan juga kerana untuk menyesuaikan diri dengan iklim England.
Masalah besar yang dihadapinya ialah memastikan orang atasannya, Read the rest of this entry »
Pengurus baru Chelsea, Luiz Felipe Scolari mengesahkan bahawa bintang tengahnya, Frank Lampard mahu terus kekal di Stamford Bridge.
Semalam Chelsea mengeluarkan satu kenyataan bahawa mereka menerima tawaran daripada Inter Milan untuk mendapatkan pemain tengah England itu.
Bagaimanapun selepas bertemu Lampard buat pertama kali semalam, Scolari menegaskan, pemain tengah Chelsea itu tidak mungkin berhijrah ke Itali bersama Inter yang kini dibimbing bekas bos The Blues, Jose Mourinho. Read the rest of this entry »
LUIZ Felipe Scolari memberi amaran kepada pasukan-pasukan saingan Chelsea bahawa beliau akan melakukan apa saja untuk merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Scolari tidak takut bertindak menjatuhkan lawannya dan jurulatih dari Brazil itu menekankan rekodnya sebagai ’samseng jalanan’ membuatnya begitu berazam menghadapi gergasi-gergasi bola sepak England.
Pengurus berusia 59 tahun itu tahu bagaimana mendapatkan prestasi terbaik daripada para pemainnya. Read the rest of this entry »